Pelajar Master Pilih Bisnes Mobile Spa Cari Pendapatan Keluarga

Assalamualaikum, Selamat Malam.

Sebelum saya mulakan cerita, sy nak tanya siapa sedang belajar atau menuntut di mana² IPTA/IPTS tapi takut untuk buat bisnes?

Nah, uolls perlu tengok ni...


ALUMNI TWB yang BUAT TWB SECARA PART TIME TETAPI BERJAYA PULANG MODAL DALAM MASA 12 HARI!

Ya. Pulang modal RM1999 dalam masa 12 hari!

Siapa beliau?
Bagaimana kehidupan beliau di sebalik kejayaan ni?
Betul ke boleh dapat balik RM1999 sepantas ini?

Ini kisah beliau, Aina Syahira...
Saya Aina Syaheera, dari Kuching Sarawak. Saya merupakan ahli TWB yang baru join tengah bulan lepas. Umur 25 tahun, tetapi memikul tanggungjawab yang sangat besar & komitment yang sangat tinggi.

Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Ibu saya seorang suri rumah.

Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no! Prinsip ibubapa saya, you want it, you go and get it.
Jadi masa saya darjah 1, saya beli sticker digimon pelbagai saiz dalam 1 A4 tu.
Darjah 2 saya jual rubber band untuk ikat rambut.

Contoh saya masa air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. Last2 air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sbb takda market. Tapi tak ada yang kekal sbb benda bermusim.

Nak katanya, sejak kecil kalau saya nak apa-apa memang kena usaha sendiri. Bukan senang2 boleh minta pada ayah saya.

Macam2 yg saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam2.
Planner pun sama. Jual planner boleh guna untuk tahun tu je. Nak jual planner yang sama untuk tahun depan dah tak laku.

Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn!
So 2 tahun lepas saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri.

Bangun before subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang2 untuk masak esok pagi, tido lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari.

Sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah takda masa dengan dia.
Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, makna nya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, jadi saya ignore.

Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.
Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal.

Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!

Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut.

 “Eh, boleh ke aku nak berniaga”

“Nanti pos sana sini orang annoyed”

“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”

Macam2 dalam kepala pada masa tu. Semua jadi alasan. Tak ada masa lah, tak boleh commit lah, tak ada duit lah.

“Ada tak org nak beli”

Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit. πŸ˜”

Saya tengok hari ni dia sihat, the next day till now dah tak boleh jalan. Totally bedridden, disable, OKU dan dependent. Income ayah saya totally dah tak ada. Pada masa tu saya memegang banyak status.

Nak juggle 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, mana jugak masa nak kemas rumah etc. Saya jadi pening, buntu.

1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah
5. Kerja

Saya ada 4 syarat/kriteria untuk saya bekerja.

1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital

2. Income mesti at least 2k ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang

3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya

4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah

Mula2 saya berfikir-fikir sendiri je. Nak fikir duit masa tu memang tak ada, ada pun untuk emergency.

Kalau ikut logic, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran2 di atas? Mana mau nya. Rugilah company.

Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber).

Antara alasan diri saya pada masa itu adalah 3 orang sepupu saya merupakan member TWB. Salah seorang tinggal di area yang sama dengan saya. Saya takut berebut customer (Sangat bersangka-sangka walhal Allah dah tetapkan rezeki masing-masing).

Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang2 kali. Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.

Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama. Mana nak carik modal dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital.

Second, saya kira demand di Sarawak tak akan sehebat di semenanjung kerana keadaan di Sarawak tidaklah sesibuk di semenanjung. So saya fikir, peluang akan kurang.

Kejap ye. Sebak pulak bila fikir balik

Ketiga, ada a few mobile spa yang dah lama bermula dan juga terkenal di kawasan saya. So competition mesti tinggi dengan demand yang tak seberapa. Bila fikir2 balik saya terus down. Nampak mcm tak ada harapan.

Fuhhh banyaknya *KALAU* di situ...

Banyaknya alasan... Banyak betul fikir. huhu..

Malam tu saya reflect diri. Kalau fikir logic, circle semua orang tak sama. Sepupu saya, buat mobile spa under TWB, circle orang yang beliau kenal dan rapat tidak sama dengan circle saya.

Jika dibandingkan dengan adik saya sendiri pun, circle beliau tidak sama dengan circle saya. Dalam bahasa mudah, semua orang ada rezeki masing2 tak kira jauh atau dekat. Jadi saya lebih yakin.

Keesokkan harinya, saya hubungi Pn Affni untuk bertanya. Niat nya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke brapa kali ntah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”

Plus, seorang sepupu yang dah join TWB pun bagi semangat yang membara

Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sbb proven dalam masa sebulan dua akan balik modal. Kalau ada emas, nak je saya pajak sebab dalam sebulan dua dah boleh tuntut balik. Tapi apakan daya, emas pun tak banyak.

Macam kahwin. Kalau belah perempuan set 10 ribu, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran. Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time

Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula. Dengan komitment rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar+bekerja. Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab.

Kalau nak cerita hal modal, kalau ikut logic, saya takkan pernah dapat pegang duit walaupun 1000 dalam tangan. Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata 1000, 300 pun susah nak ada on hand. Tapi bak kata pepatah, there’s a will, there’s a way. Bila kita nakkan sesuatu sangat2, by hook or by crook, kita akan dapatkan nya, betul?

Chat punya chat dengan Puan Affni, within that few days tu jugak saya terus buat payment dan beli ticket ke KL dari Kuching, Sarawak. Kenapa? Bukan trainer ada di Kuching ke? Puan Affni pun ada offer saya untuk dia datang Kuching.

Yes, boleh. But that will take time. Kena tunggu queue or jadual training. Tapi saya nak buat duit as fast as i can.

Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak!

So duit tiket flight lagi! Bukan sikit-sikit kos kalau beli tiket last minute tau.

Duit celah mana saya korek? Tabung kahwin / Tabung emergency πŸ˜‚. Ini memang berserah je kat Allah sbb yakin pada potensi mobile spa under TWB.

Lagipun saya dah minta petunjuk Allah dengan istikharah. Dan memang ini petunjuk yang saya dapat.

Pada cuti hari Malaysia, saya fly ke KL. Saya training pada 16hb Sept dan bercadang untuk launch pada 22th Sept.

Jadi saya rasa kaki saya terikat. Takda masa, commitment banyak. Kerja, study, family, rumah. Saya jadi down. Padahal dah training, barang semua dah ada complete.

Tapi malangnya pada hari tersebut, ayah saya di kejarkan ke hospital dan di admit ke wad lagi!

Ada 3 sifat yang buat saya kuat.
Saya *tamak*
Saya *tak sabar* dan
Saya *suka instant cash*

Sebab saya tak sabar la saya terus fly ke KL untuk training walaupun menurut Pn Affni, jadual training tengah penuh.

Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk mobile spa under TWB sebab senang2 boleh buat INSTANT CASH!

Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya.

Saya tak suka hutang. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat2 usahakan untuk dapatkan RM1999 balik.

Jadi on the first day saya ada seorang customer je. Bagi saya it’s a good start.

Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around.

Actually launch 28th, tapi ada customer yang dah tak sabar, datang sendiri pada saya on the 27th πŸ˜‚

Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 2k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.

Maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja.

Mula-mula customer akan opt untuk pakej yang paling murah, bila dia suka dengan cara dan servis yang TWB ajar tu, tengah2 facial dia akan mintak “upgrade” pakej.

Saya tak paksa, tak promo. Dia sendiri yang nak upgrade.

Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh2 je, tengah2 facial bila dia rasa sedap kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak 100.

Dan sekarang saya masih terkejut saya dah balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!

Ya! Saya baru je balik modal Isnin baru ni, 8 October 2018.

Syukur alhamdulillah.
TWB bukan je ajar kita tentang teknik facial, spa, tapi yang paling penting macam mana nak bina bisnes tu lepas kursus. Ni rekod setiap customer yang saya simpan.


Just minta pada Dia dan kita usaha sungguh-sungguh sampai dapat.

Semoga ia bermanfaat dan membuka mata pada semua yang kita semua mampu realisasikan impian kita.

“Don't wait for it to happen. Make it happen”
Saya rasa tu saja sharing saya pada malam ni.Harap membantu anda-anda yang masih buntu diluar sana. Ini kiranya once in a lifetime opportunity yang saya dapat asbab dari penubuhan TWB.

Besar impak pada hidup saya bila saya pegang kata-kata tu. Saya tersepit, desperate. Itu je jalan keluar yang saya nampak dan Alhamdulillah, TWB sangat2 membantu.

Sebab tu penubuhan TWB adalah berasaskan demi membantu wanita-wanita diluar sana. Tak semua orang senang. Kita akan senang kalau kita pilih untuk jadi senang 😘

Comments

Popular posts from this blog

Petua Kurus dengan Detox cara Shaklee - Turun 6.5kg dalam 7 hari!!!

Buat Duit dengan Mobile Spa Kalau 'MALAS' Kerja Makan Gaji

Jadi Beautician di mana-mana dengan Ilmu Spa