Tawaran Servis Mobile Spa by LadyIris Beauty Spa

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barakah. Sempena hari Jumaat ni jom lah kita baca dan hayati surah Al-Kahfi.

Sekurang-kurangnya baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir. Antara khafiatnya utk hindari fitnah dajjal, fitnah akhir zaman.

Hadis riwayat Baihaqi:
“Barangsiapa membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Ok, selesai bab Al-Kahfi saya nak bagitahu servis spa yg saya tawarkan. Confirm korang suka. Jom tengok 😀


1.FACIAL
Rawatan ke atas muka pelanggan. Kadang kadang sampai tertidur customer bila muka dibelai-belai.
Proses: mencuci, steam, skrub, masker dll.

2. HAND SPA
Rawatan terhadap tangan sehingga siku. Bahagian siku yang hitam kita kurangkan kerak-kerak tu sampai bertambah cerah.
Proses: merendam tangan air garam bukit, skrub, butterfly massage, herbal cream.

3. BODY SCRUB
Rawatan terhadap belakang badan bermula dari bahu ke pinggang, siku ke pergelangan tangan, belakang lutut ke buku lali.
Proses: skrub, butterfly massage, herbal cream.

4. FOOT SPA
Rawatan terhadap kaki sehingga ke buku lali. Tumit pecah disental sehingga terasa lembut tapak kaki.
Proses: merendam kaki dengan air garam bukit, skrub, butterfly massage, herbal cream.

5. MAKE UP
Saya offer make up untuk dinner, high-tea, bertunang dll tapi bukan make up kahwin yea.


Comments

Popular posts from this blog

Petua Kurus dengan Detox cara Shaklee - Turun 6.5kg dalam 7 hari!!!

Buat Duit dengan Mobile Spa Kalau 'MALAS' Kerja Makan Gaji

Resign Kerja Sebab Memilih Jadi Beautician TWB???